Search

0

CIRI-CIRI MAKLUMAT YANG BAIK UNTUK KEGUNAAN PENGGUNA

Thursday, 10 November 2011
 Tepat
Maklumat yang dihasilkan bebas daripada ralat. Maklumat yang mengandungi ralat  adakalanya lebih merbahaya daripada keadaan tiada maklumat. Ini kerana maklumat sedemikian mungkin membuatkan pengguna mengambil keputusan yang salah

Lengkap
Maklumat sempurna dan lengkap bermaksud segala keperluan  pengguna   maklumat dipenuhi

  Berwibawa
Maklumat tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi disamping  boleh dirujuk semula akan sumber maklumat tersebut sekiranya dikehendaki.

  Relevan
Maklumat yang dapat memenuhi kehendak dan kemahuan pengguna maklumat.

 Jimat
Maklumat yang akan dihasilkan oleh sistem maklumat tersebut mestilah  mempunyai ciri keberkesanan kos, dimana pelaburan bagi menghasilkan maklumat tersebut adalah rendah berbanding pendapatan ataupun keuntungan yang diperolehi.

  Anjal
Maklumat yang dihasilkan boleh digunakan oleh orang ramai  (pengguna) dan untuk pelbagai tujuan.

Ringkas
Maklumat yang dipersembahkan kepada pengguna hendaklah dalam bentuk yang mudah difahami.  Maklumat yang terlalu padat atau terlalu banyak boleh menyebabkan limpahan maklumat kepada pengguna.  

Pemasaan (Timely)
Ciri ini sangat penting kerana maklumat di luar masa dikehendaki, mungkin tidak lagi berguna.  Apabila pengguna maklumat memerlukan suatu maklumat pada suatu masa dan tempat, maka sistem maklumat tersebut seharusnya berkeupayaan untuk menjanakan maklumat tersebut tepat pada waktunya.  

 Keselamatan
Maklumat seharusnya mempunyai ciri sekuriti bagi membolehkan hanya orang yang berhak dan layak sahaja memilikinya.

0 comments:

Post a Comment